TESTIMONI

TESTIMONI

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

Nama: Mohamad Khairul Firdauz Bin Anuar
Perkerjaan: Wadar Penjara Pusat Sibu
Alamat: 13, Jalan Abang Barieng, 96000 Sibu, Sarawak
No.Telefon: 0198264542

 

Saya, pada mulanya tidak yakin dengan ilmu-ilmu spiritual. Bila terdengar orang bercerita tentang keilmuan spiritual ini, yang pertama sekali yang berlegar-legar di kepala saya sudah pastinya keilmuan ini ada berkait rapat dengan makhluk-makhluk halus. Entah kenapa hati saya tergerak untuk mengikuti perkembangan ilmu spiritual. Saya cuba mengkaji dengan lebih mendalam tentang keilmuan ini. Pada penghujung tahun 2006, keluarga saya telah di timpa musibah. Ibu saya sering terkena histeria. Pelbagai bomoh dan pawang yang cuba merawat ibu saya tetapi menemui jalan kegagalan. Beribu-ribu duit telah dihabiskan untuk mengubati ibu saya. Alhamdulillah, akhirnya saya bertemu dengan Dr. Rizal. Tambahan pula, saya begitu mengenali Dr. Rizal. Dr. Rizal telah memberi penerangan yang sangat munasabah menurut pandangan sains dan metafizik tentang keilmuan ini. Akhirnya, saya telah mempelajari Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung Level 1

1)       Sepanjang menjalani kursus ini, tidak ada unsur-unsur negatif dalam keilmuan ini. Ianya banyak menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan ayat-ayat yang sering kita dengar ketika semasa belajar Pendidikan Islam di sekolah dulu. Pelbagai pengalaman saya ketika mengikuti kursus tersebut. Saya bagaikan tidak percaya yang saya sendiri telah melakukan aksi-aksi ngeri seperti mandi minyak, makan kaca, tangan digilis kereta, dipukul dengan besi sehingga besi tersebut bengkok dan banyak lagi atraksi lain yang dilakukan sepanjang kursus dijalankan tanpa perlu menggunakan trick, ilusi dan sebagainya dengan kaedah pembangkitan inner power, latihan jurus, meditasi, kuasa minda, telepati dan sebagainya. Inilah tandanya kekuasaan Allah yang telah menciptakan manusia makhluk yang paling sempurna daripada makhluk-makhluk yang lain di muka bumi ini.

 

2)       Dengan keilmuan ini juga saya telah mampu untuk merawat ibu saya. Tidak perlu cari bomoh atau pawang lagi. Tidak perlu menghabiskan banyak duit lagi. Alhamdulillah… banyak kelebihan yang saya dapat setelah beberapa bulan setelah mempelajari keilmuan ini. Badan semakin sihat, kawan semakin ramai, rezeki semakin bertambah dan banyak lagi. Bukannya setakat merawat ibu saya sahaja tetapi juga mampu juga merawat mereka yang memerlukan. Di situ juga lah timbul perasaan ingin membantu mereka yang menderita penyakit misteri yang berkaitan dengan makhluk halus. Pengalaman telah mengajar erti belas kasihan terhadap mereka yang menderitai penyakit misteri ini.

 

3)       Saya sekali lagi telah berjumpa dengan Dr. Rizal. Kali ini untuk mendalami ilmu perubatan pula. Dr. Rizal mencadangkan saya untuk mempelajari Ilmu Perubatan Melayu Silam. Alhamdulillah… Setelah mempelajari ilmu perubatan ini, semakin banyak penyakit misteri yang mampu saya rawat dengan izin Allah. Ilmunya sungguh ampuh. Sepenuhnya menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Tiada menggunakan unsur-unsur negatif seperti makhluk halus. Saya tidak belajar hanya sampai disini sahaja. Dengan izin Allah, sekarang, saya telah mempelajari Ilmu Tahap Guru Anugerah Agung. Terima kasih juga kepada Dr. Rizal kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tanpa mengira masa. Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah. Sesungguhnya kepadanya lah kita berserah. Kepada mereka yang ingin mempelajari keilmuan spiritual, saya cadangkan kepada anda, Anugerah Agung adalah tempatnya. Insya Allah.. Begitu banyak kelebihan yang akan anda rasai tanpa anda duga dengan izin Allah. Cuba dulu, baru tahu….

Wassalam…

 

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

( AUCKLAND NEW ZEALAND)

(Tulisan Asli Dari encik Alex/ Noorudin Hidayatullah)

 

Assalamualaikum Wr. Wb. Nama  saya Alex Woo dan merupakan seorang keturunan Cina di Sabah tetapi telah berhijrah ke New Zealand Auckland. Saya amat berminat dengan ilmu-ilmu kebatinan sejak kecil lagi. Di samping itu juga mengamalkan amalan- amalan ilmu kebal dengan di berikan jurusan jurusan sebagai seorang anak murid penchak silat minangkabau. Akan tetapi, walaupun sudah banyak berguru tetapi hati saya tidak tenteram dan sering di timpa kemalangan dan kesakitan.Ini juga kemungkinan saya berasa ilmu yang saya belajar bertahun tahun tidak sebaya dengan tubuh serta rohani saya.  Saya bersyukur dapat melamani laman Dr Mohd. Rizal yang kini bukan sahaja memberikan panduan tetapi juga tunjuk ajar untuk memperolehi tenaga dalam yang kuat. Saya tidak bisa menunjukkan atau tes- test ilmu itu seperti memakan kaca, mejurus tangan di air mendidih tetapi percaya ilmu tenaga dalam ini akan berkerja dalam keadaan yang mendesak atau pun di serang musuh. Setelah penyelerasan tenaga dalam makrifat Dr. Mohamad Rizal mensyarankan saya supaya memasuk agama Islam. Saya terperanjat dan pelik kenapa saya di sarankan memasuki agama Islam. Setelah beberapa hari saya mempunyai mimpi-mimpi yang pelik seperti di datangi malaikat  serta wali wali yang soleh dan di berkati olehnya serta di berikan tunjuk ajar untuk mengunakan tenaga dalam ini. Selepas itu saya pun menelepon Dr. Rizal agar meminta izin untuk memasuk agama Islam. Syukur alhamdullilah saya di berikan nama Noorudin Hidayatullah dan berasa sukacita kerana akhirnya saya berasa bukan saja saya mempunyai seorang tok guru yang pengasih serta penyayang tetapi juga sebagai seorang mentor dalam kehidupan dengan keberkatan Allah S.W.T. Walaupun saya baru memasuki sebagai seorang muslim, saya berasa akan keredaan dan kebesaran Allah S.W.T. Sebelum memeluk islam saya banyak membazir masa dan wang untuk memperolehi azimat azimat ataupun ilmu ilmu yang sakti tetapi tidaklah Berjaya. Saya tidak di paksa untuk memasuk agama islam tetapi dengan izin hati saya ini . Kalau ada apa apa kecurigaan sila emailkan saya di rdorje88@yahoo.co.nz This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Segala puji kepada Allah S.W.T .

 

All praise to Allah S.W.T. My name is Alex Woo and I am a Malaysian born Chinese raise in Sabah and migrated to New Zealand Auckland. When I was a child I use to practice a lot of paranormal activities with inner martial arts which allows me to test my invulnerability powers. However with such power also come great consequences as it make me feel as though I am god myself. With this over the years, I face a lot of problems financially and emotionally as well to a point eating anti depressant pills. One day I was fortunate to meet Dr. Rizal webpage and I sought his help with my problems. He told me that my problem could be made lighter with the Inner power activation(Tenaga Dalam Makrifat) I was hesitate a bit due to my situation but in the last I went ahead. After the activation, I dream of dreams where I was visited by angelic beings and saints where I was told to use this powers wisely for the good of all. I didn’t have the opportunity to test the inner powers such as eating glass or putting my hand inside boiling water but I believe this power will activate it self in times of need. I phone Dr. Rizal further for instructions on this new power. I was told to enter in to Islam in being a muslim. That though shock me as I never think of that before as I  worship a lot of gods. Lastly I made up my mind and have entered Islam. I was given the name of Noorudin Hidayatulah. I felt happy and told Dr Rizal although I not only act as a student but I also  gained a master who  have been so kind to be in giving me instructions in the fact in becoming a better human with Allah’s blessings. I was not forced to enter Islam in order to gain this power. Should you have any doubts or enquiries about this, please feel free to email me on rdorje88@yahoo.co.nz  All praise to Allah S.W.T. who is most kind and most merciful.

 

 

TESTIMONIAL PESERTA KURSUS TENAGA DALAM MAKRIFAT HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG TINGKAT TINGGI

Tajuk: Pengalaman dalam mempelajari Tenaga Dalam Tingkat Tinggi

Nama:- Azlan Bin Haji Mohamad Jali

Perkerjaan: West Area Programmer

Company: Brunei Shell Petroleum, WOP/321

Umur: 36 tahun

Asal: Negara Brunei Darusalam

No.Telefon:+6738660716

 

Sebelum:

Sebenarnya saya selalu membaca di dalam surat Khabar, majalah-majalah yang menceritakan mengenai seni bela diri yang mengunakan tenaga dalam. Saya hanya melihat di kaca TV atau gambar dalam akhbar, aksi-aksi ngeri para pelatih, seperti, di kerat, di bakar dan sebagainya. Dan saya juga mendapat cerita dengan mempelajari Seni Tenaga Dalam akan dapat mengubah hidup seorang dengan terbukanya alam bawah sedar, cakra dana sebagainya yang mana saya belum faham apa istilahnya. Hasilnya akan menjadikan atau merubah seseorang menjadi manusia sejati.

 

Sebelum ini memang saya seorang yang banyak bermasaalah, seperti pemarah, selalu saja merasa rendah diri dan sebagainya. Tambahan lagi masaalah yang saya hadapi sekarang ini membuat saya selalu tertekan. Saya banyak berjumpa orang-orang yang boleh dapat membantu saya untuk sentiasa tenang, di mana selalu saja mendapat kebuntuan. Di mana masaalah saya sentiasa menghantui saya. Dengan erti kata tidak ada ketenangan dalam hidup saya. Sentiasa bermasaalah rumah tangga dan sebagainya.

 

 

Sekarang

Bagaimana mulanya mempelajari llmu ini, adalah melalui rakan saya yang menunjukkan risalah mengenai Ilmu tersebut. Anugerah Agung nama yang baru pernah saya dengar dan lihat. Apa yang saya buat, saya terus e-mail ke Encik Rizal untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang di sebut dalam risalah tersebut.Encik Rizal memperkenalkan saya untuk mencuba kursus Ilmu Tenaga Dalam Anugerah Agung Tingkat Tinggi atau di kenali dgn Ilmu Halilintar.Setelah mempelajari ilmu tersebut hanya dalam beberapa minggu saja dapat saya rasakan perubahan dalam hidup saya.

 

Kesannya:

Saya ada rasa ketenangan dalam hidup saya sekarang walau berbagai-bagai masalah di hadapi. Saya telah mampu mengawal emosi kemarahan saya ketahap yang terkawal melalui teknik meditasi dzikir,kawalan minda dan senam pernafasan melalui bimbingan yang benar dari Encik Rizal,saya rasa energize and bertenaga setelah mempelajari teknik pernafasan dalam tenAga dalam tingkat tinggi,Ada rasa kewibawaan dalam diri,sekarang saya semakin dihormati dan disegani oleh ahli pejabat, majikan, teman-teman dan ahli keluarga,Ada rasa kerukunan rumah tangga dll yang hanya orang yang mengamalkan saja akan dapat rasakan. Isteri bertambah sayang dan cinta kepada saya,Yang nampak ketara,dalam masa beberapa minggu saja setelah mengikuti kursus ini,banyak yang komen wajah saya semakin berseri-seri,bercahaya,kelihatan tampan,memiliki daya tarikan magnet yang kuat,disenangi,dicintai serta dikasihi sesiapa sahaja,Saya sekarang telah dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi.Ini adalah kenyataan. Saya dapati sekarang saya selalu bernasib baik dan beruntung.
Alhamdulillah,rezeki saya sekarang semakin bertambah dan berlimpah ruah,Saya dapati daya ingatan dan pemikiran saya semakin tajam,mudah mengingat,mudah menghafal dengan pantas,daya konsentrasi saya semakin meningkat dan saya tidak mudah letih,Firasat saya semakin tajam,indera keenam saya telah terbangkit,saya sekarang memiliki kemampuan membaca fikiran orang lain dan mengetahui isi hati seseorang samada seseorang itu jujur atau menipu,baik atau jahat,mengetahui barang asli ataupun tiruan dll. Saya juga mampu berkomunikasi dengan makhluk halus dan berkemampuan melakukan pengubatan jarak jauh,meraga sukma,melihat jarak jauh,memindahkan penyakit ketelur ayam kampung,mampu melihat aura ditubuh seseorang dsbnya kalau diceritakan terlalu banyak hasil dari saya mengikuti kursus tenaga dalam Anugerah Agung Tingkat Tinggi!

 

 

Perkara yang tidak dapat di lupakan:

Satu perkara yang tidak dapat saya lupakan apabila saya sendiri melakukan lagak ngeri seperti yang saya lihat di TV dan di Majalah-majalah. Memang ajaib, sekarang saya sendiri merasakan semua lagak ngeri seperti di cucuk jarum, di kerat dgn pisau, makan kaca, di pukul dengan besi,sehingga batang besi bengkok,jilat besi panas membara,tahan pukulan dan tendangan kuat dan deras tanpa rasa sakit sedikitpun,pukulan jarak jauh,menarik orang dari jarak jauh,melakukan hipnotis(tidurkan orang) dan dibuktikan sendiri,berjalan atas kaca,berguling atas duri,mandi minyak panas,berdiri atas suratkhabar,pecahkan botol, di pijak badan di jadikan jambatan, dan sebagainya semuanya tidak memberi kesan langsung pada kulit saya hanya dengan belajar 1 hari sahaja. Dengan ini menambahkan keyakinan saya apa yang saya lihat memang nyata.

 

Harapan saya:

Untuk pengetahuan sekarang saya berpuas hati dengan kursus ini dan kalau ada rezeki dan umur panjang saya ingin meneruskan lagi ke tahap tenaga dalam Pemungkas dan hingga ke tahap Master. Insyallah, saya akan menjadikan sebagai warisan untuk anak-anak saya kelak.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Rizal atas bimbingan sama ada praktikal atau pun melalui e-mail dan saya harap perguruan ini akan terus maju hingga ke masa hadapan.

 

KOMEN DAN PENGALAMAN PESERTA KURSUS TENAGA DALAM MAKRIFAT HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG(KURSUS KILAT SEHARI /INTENSIF)

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

Saya Sajidin Bin Jais berasal dari Kuching,Sarawak dan berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah rendah di Zon Suai, Subis. Saya diperkenalkan dengan kursus ini oleh seorang kawan yang pernah mengikutinya ditempat lain. Memang dari dulu lagi saya berminat untuk mempelajari ilmu ini tetapi tidak tahu dimana harus saya memperolehinya.

Suatu hari apabila saya diperkenalkan kursus ini dari seorang kawan, saya terus menyelidiki lebih dalam tentang ilmu ini dengan berSMS secara terus dengan Master Rizal. Selain itu,saya usahakan untuk mendapatkan laman webnya untuk informasi yang lebih jelas tentang kursus dan didapati ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Akhirnya saya setuju dengan rela hati ingin menyertai kursus tersebut. Semasa berkursus, walaupun berdebar-debar namun saya cuba tenangkan fikiran dan berharap sesuatu yang baru akan muncul dalam diri saya. Aktiviti pertama yang saya jalani adalah Pengisian Ilmu Seni Beladiri Tenaga Dalam Inti Anugerah Agung level 1 untuk membangkitkannya. Dalam proses ini, saya amat letih bermain dengan nafas. Al-maklumlah baru belajar.Selepas pengisian, keyakinan saya lebih kuat. Walaupun takut membuat atraksi bahaya tetapi oleh kerana keyakinan yang tinggi, saya mampu lakukan satu-persatu atraksi tersebut. Berikut merupakan atraksi-atraksi bahaya yang saya alami selama lebih tiga jam berkursus.

 

Dimandikan dengan minyak panas mendidih(minyak saya beli sendiri),Dipukul dengan batang besi sampai bengkok,Badan menjadi jambatan iaitu orang lain boleh berdiri di atas perut saya,Test kebal iaitu dicucuk dengan jarum di lengan,Mengeraskan telur menjadi seperti batu. Diuji seorang untuk memecahkannya,Mengkebalkan mentol lampu yang mudah pecah,iaitu mentol tidak pecah walaupun jatuh di atas lantai simen,Dibakar dengan api yang besar menyala pada lengan,Jarum menembus kulit seperti dijahit, Menidurkan orang, Disiram dengan air panas mendidih, Mengupas kelapa muda yang masih hijau dengan gigi, Makan kaca dengan mudahnya. Telan lagi tu, Tangan saya melekat seperti gam dan tidak dapat dicabut oleh sesiapa pun. Tanpa trick / penipuan kerana saya  hanya menggabungkan 2 tapak tangan,bukannya menggenggam erat jari-jemari,Memecahkan bahagian bawah botol kaca,Diuji elektrik pada tubuh badan,Lidah dicap dengan besi panas membara,Boleh memanggil masuk ilmu silat daripada orang dulu-dulu seperti Hang Tuah dsbnya,Tulang rusuk ditumbuk dan dihentak dengan sekuat tenaga(tahan benturan dan pukulan),Namun begitu ada banyak lagi yang tidak sempat saya uji seperti ditanam hidup-hidup,digilis kereta,tarik kereta dan banyak lagi. Tetapi saya amat-amat berpuas hati kerana semua atraksi yang saya lakukan diatas adalah bukan trick / silap mata. Ianya adalah kekuatan tenaga dalam yang selama ini tidak dibangunkan. Selain atraksi-atraksi bahaya, saya juga diberi modul dan sijil. Modul yang tebalnya lebih 1 inci itu mengandungi semua perkara yang berkaitan dengan ilmu tenaga dalam Anugerah Agung. Amat bertuah sekali, saya telah dapat banyak keistimewaan tenaga dalam apabila menghadiri kursus ini. Antaranya ialah amalan kalimah, cara beramal,cara rawatan-rawatan (boleh mengubat orang lain), dan banyak lagi di dalam modul itu. Apa yang saya mampu katakan di sini adalah saya amat beruntung mengikuti kursus ini walaupun hanya lebih 3 jam. Kelebihannya seperti orang yang telah belajar ilmu yang sama bertahun-tahun lamanya. Ilmu yang saya peroleh ini menjadikan saya lebih yakin dan berani melalui liku-liku kehidupan didunia ini yang penuh dengan cabarannya. Prinsip saya Sediakan Payung Sebelum Hujan. Inilah yang dikatakan Anugerah Tuhan pada saya. Apa yang saya fikir mustahil dulu, kini mudah dilakukan.Terima kasih Master Rizal. Ilmu yang Master Rizal turunkan kalau dibandingkan dengan nilai wang RM555 itu amat jauh bezanya. Sebabnya dengan hanya mengeluarkan wang sebanyak itu,saya telah memiliki suatu yang luarbiasa dengan izin Allah SWT seumur hidup saya. Insya Allah saya akan bawa ilmu ini dijalan kebaikan dan bekalan akhirat.

Master Rizal, ada satu cerita yang amat membanggakan hati saya. Betul kata Master Rizal bila telah belajar tenaga dalam inti Anugerah Agung, benda yang saya tidak dapat buat selama ini akhirnya dapat saya buat. Selama ini saya tidak pandai langsung memformat komputer kerana tiada teman yang boleh mengajar dan tidak mahu kongsi ilmu. Tapi pada 2-3 malam yang lepas, saya cuba format berkali-kali akhirnya berjaya dengan bagus sekali. Saya sendiri tidak menyangka. Betul kata Master Rizal, segala kesulitan secara tidak langsung dijawab sendiri.

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

PUAN ZAINA BTE IK
Nama:  Zaina Binti Ik
Alamat: 169 Kampung Muhibbah Kuala Baram,98000 Miri Sarawak.
Umur:51 Tahun
Pekerjaan:-
No.Telefon: 085-604435
Tarikh Belajar:24/04/2006(Isnin)

PENDAPAT DAN PENGALAMAN:

Saya Puan Zainah sangat berpuas hati dengan atraksi demo yang sangat ajaib atau menakjubkan yang mana tidak pernah atau tidak boleh dilakukan orang biasa selain dari orang yang punya ilmu tenaga dalam seperti demo makan kaca beracun,pijak kaca(jalan atas kaca),mengkebalkan mentol lampu,ditetak dengan parang tajam dengan sekuat-kuat tenaga,dipukul dengan batang besi sehingga bengkok,badan dibakar hidup-hidup,mengisi api dalam mulut(makan bola api),jilat besi panas membara,kebal jarum,atraksi pukulan jarak jauh,menarik orang dari jarak jauh,mengeraskan telur jadi batu,menghadirkan silat ghaib,dan sebagainya. Makcik sangat berpuas hati dengan perguruan ini yang tak pernah dirasakan selama ini, dan cara demonya bukan main-main atau olok-olok, tapi ini memang benar-benar, dilakukan oleh Guru dan pada diri kita sendiri. Makcik harap sesiapa saja yang berminat silalah tampil kehadapan jangan takut atau ragu-ragu. Yakinlah pada Allah dan pada diri sendiri. Sekian,Terima Kasih.

 

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

(Kehidupan Cerah selepas belajar Anugerah Agung)

Nama: Yii Ah Voon

Pekerjaan: Golf Marketing Miri Sarawak

Umur: 24 tahun

No. Telefon: 019 885 0267

 

 

Saya ialah seorang yang sangat minat untuk belajar apa-apa saja asalkan saya tahu kursus atau ilmu itu boleh membantu dalam kehidupan seharian saya. Dalam keadaan yang tidak sengaja, saya terlihat kawan sekerja saya, Muhammad Abu mengambil satu sijil yang bertajuk Anugerah Agung untuk dieliminate. Selepas tanya dia tentang maksud Anugerah Agung, dan tengok website ini, minat saya semakin kuat. Saya terus telefon Master Rizal dan buat appointment pada minggu itu. Saya terus janji akan buat appointment dengan guru selepas 2 hari.

Selepas kursus kira-kira 2 jam ini, guru terus buat atraksi (demo kepada badan saya.Mula-mula takut sikit tapi kerana tak yakin kepada diri.Tapi selepas demo dari bahan kecil seperti makan  lampu elektrik hingga bahan besar seperti anggota tubuh saya dilanggar kereta waja sendiri, saya yakin 100% kepada inner power saya sendiri yang telah diaktifkan oleh Sifu, saya selamat,tak sakit pun. Tenaga dalam Anugerah Agung ini amat berjaya, dan penting bagi saya kerana ia banyak membantu dalam kehidupan seharian, seperti lebih sihat,selamat, dan fikiran mentally kita akan bangkit semakin hari. Yang hairan ialah selepas saya belajar tenaga dalam Anugerah Agung,saya dapat buat perkara yang orang biasa tak boleh buat.

Antara demo martial arts yang saya buat pada hari itu ialah seperti makan kaca,jilat besi panas merah menyala,perut dipukul dengan tukul besi,digilis kereta,tangan melekat seperti gam,dikubur hidup-hidup,meraga sukma ke Disneyland,Eastwood(tempat saya bekerja)Paris dan Hawai (dilakukan oleh sifu kepada saya tanpa sentuh dalam jarak 2-3 meter, saya pengsan setengah jam),badan jadi jambatan, keraskan telur jadi batu, disiram air panas 100 darjah celcius, mandi minyak panas mendidih, badan dibakar, patahkan besi kikir,kebal,badan dipukul dengan batang paip besi hingga bengkok,leher dicekik sekuat-kuatnya,menghadirkan silat bruce lee, dan banyak lagi. Sifu menerangkan tentang bagaimana atraksi sebenar berfungsi tanpa perlu menggunakan trick, ilusi dan sebagainya dengan kaedah pembangkitan inner power,latihan jurus,meditasi, kuasa minda,telepati dan sebagainya. Terima kasih Sifu. Itulah kuasa tenaga dalam yang saya inginkan dan boleh belajar dalam satu hari saja. Amat bernilai. Believe it!

Kursus yang saya belajar ialah Inner Power Martial Art dan Universal Energy Active (UEA). Manfaat-manfaat yang saya belajar Anugerah Agung ialah:

Kursus Anugerah Agung ini sangat berharga, saya tidak perlu pergi luar negara untuk belajar seperti Indonesia. Saya boleh belajar kuasa ini di mana-mana saja.
Fikiran akan menjadi lebih positive semasa buat sesuatu. Saya boleh buat perkara yang orang biasa tak boleh buat, contohnya, meraga sukma, dan membaca fikiran orang lain. Memiliki kemampuan luarbiasa dan kekuatan tubuh yang luarbiasa.  Mengurangkan tekanan diri, dan membantu pesakit dengan kuasa Inner Power.

Akhirnya, saya nak mengucap ribuan terima kasih atas bantuan dan sokongan Master Rizal(Sifu in Hokkien) Impian saya ialah membantu banyak orang lagi untuk mencapai cita-cita mereka secepat mungkin dengan bantuan Inner Power Martial Art yang luarbiasa ini.

Terima Kasih.

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

Nama: Azizan Bin Segri

Umur: 22 Tahun

Pekerjaan: Penjawat Awam.

 

Sebelum:

Saya ialah seorang yang kurang berkeyakinan, cepat marah, sering lupa, sering tertekan, suka menyendiri, agak kurang bergaul, pendek kata seorang yang sering bermasalah. Sebelum ini saya juga sering melihat dikaca tv tentang ilmu  tenaga dalam, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menghubungi tempat tersebut. Saya amat meminati ilmu beladiri tenaga dalam ini.

 

 

Selepas:

Setelah mempelajari ilmu ini, saya bertambah yakin terhadap diri saya sendiri mahupun berdepan dengan orang ramai. Ilmu yang diturunkan Ustaz Rizal kepada saya akan saya gunakan sebaik-baiknya. Ilmu yang diajarkan telah mengajar saya erti kesabaran yang sebenar. Badan saya juga berasa cergas setiap hari.Saya sendiri tidak percaya pada mulanya dimana saya sendiri telah melakukan aksi-aksi ngeri seperti mandi minyak, jilat besi panas, disebat dengan tali, dipukul dengan besi sehingga besi tersebut bengkok dan banyak lagi atraksi lain yang dilakukan sepanjang kursus dijalankan. Kini saya telah memahami diri saya sendiri. Saranan saya terhadap ilmu ini agar dapat dikembangkan keseluruh tempat. Sesiapa yang berminat silalah tampil untuk mempelajari ilmu ini,tapi kita mesti ingat, ia semua datang dengan izin Allah.

 

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

 

NAMA: ABU BAKAR BIN MOHAMAD
PEKERJAAN: GOLF OPERATION SUPERVISOR
UMUR: 31 TAHUN
H/P: 0168934695

 

Assalamu’alaikum.  Saya adalah salah seorang yang sangat berminat untuk mempelajari apa-apa saja tentang keilmuan Dalaman mahupun kebatinan, sebelum saya  mempelajari tenaga dalaman Anugerah Agung daripada Master Rizal Bin Rosdi, saya adalah seorang insan  yang cepat marah, panas baran, bengis, mudah lupa diri, dan selepas saya mempelajari Kursus Tenaga Dalam Anugerah Agung yang diijazahkan oleh master Rizal sendiri kepada saya, selama beberapa jam saja, saya telah merasa sesuatu yang luarbiasa dalam diri saya. Tenaga dalam Anugerah Agung yang diijazahkan oleh master Rizal telah aktif dalam tubuh saya,sehinggakan saya diuji oleh master Rizal  dengan beberapa pukulan daripada sebatang besi,dengan izin Allah besi itu pun bengkok dan saya tidak mengalami kecederaan. Master Rizal menguji lagi tenaga dalam saya, yang kali ini lebih dahsyat dan menakutkan saya, saya dimandikan dengan air panas,dimandikan dengan minyak panas mendidih, kalaulah saya tidak mempelajari tenaga dalam Anugerah Agung ini, sudah pasti kulit saya melecur teruk, dan terpaksa menginap dihospital. Alhamdulillah tenaga dalam yang saya pelajari daripada Master Rizal dan aura yang menutupi tubuh saya dan dengan keizinan Allah maka kulit saya tidak melecur sedikitpun. Banyak lagi ilmu –ilmu tenaga dalam Anugerah Agung yang tidak dapat saya ceritakan disini, seperti meraga sukma,melihat tempat-tempat makhluk ghaib, pergi ke alam bunian, ke Mekah dan lain-lain lagi, dengan kaedah meraga sukma. Terima kasih saya ucapkan kepada master Rizal kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dan saya bersyukur kepada Allah SWT.

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

NAMA: MOHAMAD SHAHRIL BIN SHALI
ALAMAT: NO. 28 LOT 1343, LORONG 8,
JALAN KUCHING TIMUR 3, TAMAN TUNKU,
98000 MIRI, SARAWAK.
TEL: 013 821 9568

 

Assalamu’alaikum….

Dengan Izin Allah SWT saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam keilmuan Anugerah Agung. Tidak terhingga juga jutaan terima kasih saya kepada Guru saya iaitu Master Mohamad Rizal Bin Rosdi yang banyak membimbing saya didalam ilmuan tenaga dalam. Saya ingin menceritakan pengalaman saya sebelum dan sesudah menganggotai Anugerah Agung.Sebelum saya mengenali apa itu tenaga dalam(Anugerah Agung) saya lebih tertumpu kepada ilmu yang dikatakan silat atau kebatinan. Disini kami banyak  mempelajari silat seru atau mengabungkan sesuatu barang seperti binatang dan sebagainya. Tidak payahlah saya menceritakan segala-galanya. Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui. Dahulu saya tidak sama sekali mengenali Anugerah Agung. Apa itu Anugerah Agung? Mari saya ingin menceritakan  hal saya sebelum menganggotai Anugerah Agung. Mula-mula saya ingin menceritakan bab rezeki. Kerezekian saya amatlah panas(tiada wang) kadang-kadang berbulan-bulan lamanya tiada rezeki walaupun saya bekerja tetap disalah satu syarikat. Hati saya sentiasa ingin marah-marah malah sering bergaduh. Kadang-kadang rakan, keluarga atau orang lain yang ingin menegur cara bagus pun saya melenting. Sifat panas, marah, syaitan, iblis dan lain-lain sentiasa ada pada diri. Malah benda yang diharam dijadikan halal. Solat jangan cakaplah, langsung tidak dipedulikan. Ada satu kes bapa saya sendiri menyeru saya untuk solat disurau,tapi langsung tidak saya endahkan. Sampaikan pada satu tahap bapa saya pernah mengambil penyapu untuk memukul saya. Kerana apa? Untuk menyuruh solat. Ada satu tahap yang susah untuk dilupakan iaitu satu kejadian yang tidak diingini mana-mana pasangan  didunia ini. Saya mempunyai tiga cahaya mata dua perempuan dan seorang lelaki. Pada satu ketika isteri saya mengambil keputusan untuk berpisah dengan saya. Mahu tidak mahu kami pun berpisah. Semenjak itulah saya berfikir apa yang diamalkan sebelum ini( ilmu batin) adakah bagus atau sebaliknya. Hari demi hari sudah pun berlalu. Pada suatu hari rakan sekerja saya(Encik Abu) telah mempelawa saya untuk berjumpa dengan  Master Rizal(Anugerah Agung). Saya tidak keberatan untuk berjumpa dengan beliau. Setelah saya menjumpai beliau, saya menceritakan segala-galanya. Setelah mendengar segala penjelasan dari beliau lalu saya bersetuju dan mengambil keputusan untuk menganggotai Anugerah Agung.

 

Sesudah saya dimandikan oleh Master  Rizal,lalu dibuat pengisian,selepas pengisian saya langsung diuji oleh Master Rizal. Saya dipukul dengan menggunakan batang paip besi. Bukan dipukul secara teknik atau perlahan, tetapi sepenuh tenaga / sekuat hati Master  Rizal memukul badan saya disaksikan oleh beberapa teman saya yang juga belajar keilmuan tenaga dalam Anugerah Agung pada waktu itu juga,syukur alhamdulillah malah besi tersebut yang bengkok. Ditusuk dengan jarum, mencabut sabut kelapa menggunakan gigi,mandi minyak,jilat besi panas  dan macam-macam lagi. Semua itu  adalah dengan keizinan Allah SWT.Hari demi hari rezeki yang saya cari telah pun membuahkan hasil. Semangat kekeluargaan pun bertambah baik. Malah sifat hormat-menghormati,kasih sayang,tolong-menolong dan sebagainya. Ini adalah kehendak Allah Azza Wa Jalla. Kewajipan setiap umat Islam iaitu solat lima waktu pun sudah saya kerjakan sampai bila-bila. Master Rizal juga ada memberikan saya satu buku panduan amalan harian peringatan sembahyang harian dan khusus dan checklist jadual latihan tenaga dalam inti Anugerah Agung setebal ratusan muka surat secara percuma kepada saya sebagai anggota Anugerah Agung. Panduan ini telah ditulis serta disiapkan sendiri oleh Master Rizal  dan mengambil masa selama lebih dari 4 bulan untuk menyiapkannya.Selain itu Hubungan saya dengan Master Rizal pun bertambah rapat. Malah saya menganggap Master Rizal Bin Rosdi sebagai mentor dalam hidup saya. Saya terlalu bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi jalan kepada hamba yang lemah ini. Segala kepujian dan kebaikan adalah untuk ALLAH SWT.
Azam saya pada masa depan adalah ingin menjadi seperti beliau (Master Rizal). Insya Allah…Di satu hari nanti dimakbulkan jua. Akan tetapi kewujudan di dunia Anugerah Agung amatlah berbeza sekali dengan kehidupan biasa. Dengan kesempatan ini saya ingin  banyak-banyak terima kasih kepada beliau kerana bimbingan yang amat bermanfaat untuk saya dan kegunaan harian. Pengorbananmu tidak dapat ku balas hanya Allah SWT yang dapat membalas jasamu. AAMIIN. Sesiapa yang ingin mencari ilmu tenaga dalam dan kebatinan, carilah di Anugerah Agung. Kerana kebatinan di Anugerah Agung adalah asli dan ampuh. Sekian, terima kasih. Wassallam

Yang Benar,

 

MOHD SHAHRIL BIN SHALI
013-8219568

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

 

Nama:Ustaz Mohamed Safri(abou youcef)
Alamat:2nd floor,lot 307 tama jade manis,9000 miri sarawak.
Pekerjaan:Tanjung Maintenance Services Sdn Bhd
h/p:  013 23 95 376

Assalamualaikum….

Dengan syukur dan izin Allah Ta’ala saya mengucapkan terima kasih  kepada semua pihak yang terlibat dalam keilmuan Anugerah Agung, tidak terhingga juga jutaan terima kasih pada guru saya yang mulia Ustaz Rizal Bin Rosdi yang banyak membimbing saya dalam ilmuan tenaga dalam makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung. Sewaktu saya mengambil pengijazahan Anugerah Agung dari ustaz Rizal ianya dimulai dengan pengisian rohani melalui zikir khas yang terasa halus dingin, tenang menembusi qalbi saya dengan sakinah  kalamullah yang suci. Subhanallah!!!

Kemudian diterusi dengan meditasi pernafasaan zikir dari segi kesihatan ianya baik untuk jiwa,badan,minda dll,dari segi spiritual saya terasa tenggelam @fana dalam zikrullah,kadang-kadang terasa terbang bersama cahaya yang tiba seolah-olah berada dalam alam fantasi..wallahu aalam!!

Dan kemudiannya beralih pada atraksi demo yg mencabar dan mentakjubkan yang mana tidak boleh di lakukan oleh orang biasa kecuali mempunyai ilmu  tenaga dalaman seperti demo makan kaca beracun,di pukul dengan batang besi hingga bengkok,mengebalkan mentol,menjilat besi panas,mandi minyak panas,di tusuk dengan jarum,mengeraskan telur jadi batu,bersilat ghaib dsbnya..semua ini bukan olok-olok,bukan silap mata atau trick dan bukan sihir…ianya adalah anugerah kudrat dari Ilahi pada hambanya.

Dalam kesempatan ini saya banyak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada guru rizal semoga amalan dan ilmu ini menjadi NUR ke alam kubur kelak….AAMIENN YA RABBUL AALAMIN.
Sekian Terima Kasih.

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

 

Nama:Wong Kok Chong
Alamat:lot 3669 taman delight 1A,jalan airport miri ,SARAWAK.
Umur:20 tahun
Pekerjaan:pelajar
No telefon:0165750596

Saya amat puas hati dalam mempelajari ilmu di Pusat Pengembangan Spiritual Anugerah Agung.Ilmu yang saya pelajari di Anugerah Agung,amat senang sekali dipelajari.Masa yang diperlukan untuk pelajari ilmu ni cuma 30 minit untuk pengisian dan masa yang selebih nya adalah untuk atraksi.Pada mula-mulanya,saya tidak yakin tentang ilmu ni,tapi selepas satu demi satu atraksi dilakukan,keyakinan saya mula bertambah dan saya yakin pilihan saya untuk pelajari tenaga dalam adalah betul.Banyak sekali atraksi yang saya lakukan diantaranya ialah makan kaca,dipukul dengan besi sampai bengkok,badan saya dijadikan jambatan supaya orang dapat berdiri diatas badan saya,disiram air panas,dapat memanggil apa-apa saja seni pertahankan diri daripada orang dulu.Namun begitu, ada banyak lagi atraksi yang saya lakukan.apa yang saya nak katakan adalah amatnya beruntungnya mempelajari tenaga dalam Anugerah Agung kerana orang yang pelajari ilmu ni bukannya mengguna masa yang amat lama tetapi cuma dalam masa yang singkat sahaja iaitu 3 jam. Disini saya ingin berterima kasih kepada ustaz Rizal kerana mengajar tenaga dalam di bandar Miri,Sarawak.

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

Nama: Syed Firdaus Al-Idrusi(Abou Madian)
Alamat: Alamat rumah gang teluk nilam nombor rumah 25,kota pontianak Indonesia.
Umur:  24

 

Assalamualaikum….
saya Syed Firdaus Al-Idrusi(Abou Madian) sering di panggil habib berasal dari pontianak Indonesia,saya sudah berada di miri selama 10 bulan mencari rezeki bekerja di sebuah toko,malangnya kehidupan dan pencarian menjadi sukar,sempit dan di landa musibah…dengan kehendak Allah dan petujuknya saya bertemu dengan ustaz safri dan kemudiannya dia memperkenalkan diri saya pada Master Rizal,sejak saat itu saya mulai di bimbing dan di ajar ilmuan tenaga dalaman makrifat haqqul yakin Anugerah Agung oleh Ustaz Rizal dengan penuh keikhlasan dari beliau mengijazahkan ilmu yang sangat beharga yg tidak ternilai,yang dalam hidup saya mendapatkannya bagaikan mimpi ianya sesuatu anugerah Yang Maha Esa…inilah kebesaran dan kasihnya Allah pada hambanya…semenjak saya menerima pengisian,meditasi,atraksi demo,zikir-zikir kerohanian yang di bimbing oleh guru rizal dalam Anugerah Agung,cara kehidupan saya seharian berubah positive saya mula mendirikan solat & beribadah…yang selama ini saya tinggalkan..setiap kali mendengar Al Quran di baca hati menjadi hiba…Anugerah Agung makrifat haqqul yakin ini boleh mengubah diri saya menjadi insan yang sempurna,bertaubat,dalam kesempatan ini saya memohon terima kasih yang tidak terhingga buat maha guru yang di kasihi dunia dan akhirat…Al-Fathihah,doa,amalan menjadi hadiah sepanjang hayat buat maha guru  ku yang tercinta….AAMIIN YA RABBUL AALAMIN.

 

SEKIAN TERIMA KASIH

YG IKHLAS DARI AL-HABIB SYED FIRDAUS AL-IDRUSI.
WASSALAM.

 

 

Testimonial Peserta Kursus Ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung

 

Nama lengkap: Budiman Hassan
Pekerjaan : Localstaff Konsulat Jenderal RI
Kantor      : Consulate General of the Republic of Indonesia
Frankfurt am Main, Germany
Umur        : 48 tahun

Asal          : Indonesia

 

Saya adalah dari anak tertua dari enam bersaudara dari sejak masih kecil berumur 8 tahun yang punya kesenangan menekuni ilmu bela diri. Ilmu bela diri pertama yang saya kenal adalah Taekwondo yang saya pelajari pada saat mengikuti keluarga ke ke Kuala Lumpur, karena ayah saya ditugaskan kerja pada Kedutaan Besar Indonesia pada tahun 1968.

Setelah menjelang dewasa dan sampai dewasa maupun sampai saat inipun banyak sudah berpetualangan dengan berbagai keilmuan baik yang bela diri, mulai dari beberapa aliran silat di indonesia, kung fu yang sempat menjadi pelatih juga dan hingga ilmu-ilmu isian guru-guru kespiritualan indonesia sejak mulai tahun 1975. Akan tetapi pada saat itu masih muda dan tujuannya hanya untuk jago-jagoan baik di sekolah maupun di luar sekolah, dan belum tahu benar apakah itu aliran hitam dan putih.

 

Sekitar 2 tahun lalu saya mencoba juga untuk mengikuti latihan Tetada Kalimasada di bawah pimpinan langsung Bapak Ir. Eddy Surohadi yang punya perwakilan banyak di mancanegara, dan setelah itu pula rasa hati saya sepertinya masih ingin mencari yang lainnya lewat internet, dan secara kebetulan saja mendapatkan alamat yang sempat juga mengambil program guru ditempat lain, dan yang terakhir belum lama ini lewat internet juga mendapatkan alamat website Anugerah Agung di bawah pimpinan Bapak Ustadz Dr.Mohamad Rizal bin Rosdi dan mengambil kursus Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung level 1.

Saat ini dalam masa mengamalkan kursus tersebut, syukur Alhamdulillah banyak perubahan pada diri saya, terutama percaya diri, keyakinan, rajin menjalankan amal ibadah, kharisma, wibawa, kesehatan diri, atraksi makan kaca, telur jadi batu dan Insya Allah masih banyak lagi manfaat lainnya yang secara perlahan-lahan dan yakin menjadi kenyataan dan digunakan untuk melaksanakan kebaikan selama hidup didunia dan bekal di akhirat nanti yang semuanya atas se-Izin Allah, Amien.

 

Walaupun hingga saat ini belum sempat berjumpa dengan Maha Guru saya, Bapak Ustadz Mohamad Rizal, yang hanya lewat email dan telepon, atau sms, akan tetapi jalinan silahturahmi berjalan sangat baik syukur Alhamdulillah, dan saya merasakan  senang lahir-bathin atas bimbingan Bapak Ustadz Mohamad Rizal

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bapak Ustadz Mohamad Rizal atas bimbingannya  dan saya berharap dan berdoa agar Anugerah Agung  terus berjalan lancar di masa-masa mendatang dan kebaikan Bapak dan keluarga akan mendapatkan pahala yang berlimpah dari Allah SWT, Amien.

 

Demikian saja Pak, atas perhatian dan informasi Bapak selanjutnya diucapkan banyak terima kasih dan mudah-mudahan silahtuhrami kita selama ini membuahkan kebaikan dunia akhirat, Amien.Wassalam,
bhassan

 

 

Makluman:

Program Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung ini telah diikuti oleh beribu-ribu orang dari seluruh pelusuk dunia,dan pelbagai pengalaman luarbiasa dengan keizinan Allah telah dialami oleh peserta hanya kami tidak dapat masukkan kesemua testimoni kerana ruangan penulisan yang terhad dan pihak Anugerah Agung ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada seluruh anggota Perguruan Haq Anugerah Agung atas kesetiaan Anda kepada  Perguruan Haq Anugerah Agung.Barakallahu lana wa lakum.Aamin

 

PERHATIAN!!!…,

AWAS…Hati-hati dengan kesaksian-kesaksian ( testimonial ) PALSU. PASTIKAN KEASLIAN suatu Kesaksian dengan mendatangi langsung Lembaga yang menampilkan kesaksian tersebut, Minta diperlihatkan kesaksian yang ASLI bukan PHOTO COPY. Hubungi orang yang memberikan kesaksian tersebut, bila perlu minta bertemu langsung dengannya. Jika hal itu telah anda dapatkan,maka keterangan itu adalah BENAR, bukan Rekayasa,Rekaan / dibuat-buat,sebaliknya jika anda tidak dapat membuktikannya, maka pastilah Kesaksian itu adalah Rekayasa / atau tulisan yang direka-reka. BERHATI-HATILAH ANDA! Testimonial yang ada di website Anugerah Agung ini adalah hasil penulisan peserta sendiri yang mempelajari keilmuan di Anugerah Agung, tanpa ditokok tambah dan tanpa ada unsur penipuan dan sebagainya. Terima kasih.

 

Renungkanlah!!!

Pesanan Dr. Rizal kepada ikhwan-ikhwan Anugerah Agung, hormatilah semua guru-guru anda dan juga Guru-guru Dr.Rizal, jangan menderhaka dan hargailah mereka. Di Anugerah Agung, kami amat mementingkan adab berguru dalam Islam dan menghormati guru. Apabila Guru memberi nasihat dan teguran,hendaklah kita mendengarnya dengan baik dan berfikiran terbuka. Orang-orang zaman sekarang,sangat kurang menjaga adab berguru,tidak menghormati guru,dan sebagainya yang boleh menguris perasaan guru,nasihat saya,jika anda ada buat kesilapan terhadap guru anda,segeralah  minta bertaubat sebelum terlambat, janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit,bila mendapat sesuatu yang baru(Ilmu / Guru),yang lama dilupakan,lupakah kita,dan cuba renungkan sejenak,kalau tidak kerana yang lama,kita takkan jumpa perkara yang baru dalam hidup kita. Belajarlah menjadi manusia yang sentiasa bersyukur terhadap apa saja nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s