MANFAAT

DI ANTARA MANFAAT TENAGA DALAM MAKRIFAT HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG

 

 

KETAHANAN TUBUH

  • Antibodi atau sistem kekebalan badan menjadi extra kuat dan cergas sementara sel-sel badan akan berfungsi dengan lebih aktif dan efektif  bagi menghasilkan tenaga tambahan plus yang akhirnya akan membentuk  Aura pelindung atau perisai diluar tubuh yang mana dengan latihan pernafasan dan jurus maka perisai  tersebut akan semakin membesar dan kuat sehingga ianya dapat dilihat dan dibuktikan secara saintifik melalui foto kamera kirlian(kamera aura) dan dengan melakukan aksi ngeri,ketahanan  tubuh dari serangan penyakit,serangan musuh dan sebagainya.

GERAK KONTAK

  • Juga dikenali sebagai  gerak silat sendiri atau gerak ilham iaitu suatu gerakan semulajadi yang sukar ditafsirkan tetapi yang pastinya ianya bersifat pentyelamat bagi mereka yang dalam keadaan terdesak. Pergerakan ini datangnya dari interaksi ghaib dalam dunia Ilmu Tenaga Dalam manusia yang menjadi  salah satu keistimewaan manusia  yang tidak ada hubung kaitnya langsung dengan makhluk-makhluk ghaib kecuali ianya adalah kurniaan Tuhan untuk manusia semata-mata.

JURUS PUKULAN JARAK JAUH

  • Juga dikenali dengan ilmu kontak  yang semata-mata menggunakan kekuatan jiwa  manusia melalui tenaga dalaman  yang dilandaskan tawakkal kepada Allah,serta dilatih  dengan kaedah  Jurus  tenaga dalam  yang berisi seni pernafasan dan kekuatan minda bawah sedar.

MENGUASAI FIKIRAN/TELEPATI

  • Ilmu menguasai fikiran ini dikenali juga sebagai  Telepati yang mana segala saranan yang kita berikan akan mendapat perhatian utama dan akan dipatuhi dengan  sebaik mungkin samaada saranan yang bersifat fizikal secara lisan atau saranan melalui pancaran fikiran.

 

PENDENGARAN GHAIB

  • Atau pendengaran batin atau telepati  ini sangat berguna untuk mengesan petanda-petanda kejadian melalui telinga. Panca indera pemndengaran akan mempunyai tahap sensitive yang tinggi sehinggakan dapat mengesan petanda-petanda kejadian dan menjawab persoalan dalam diri  dengan mentafsirkan getaran-getaran suara di minda yang dikonsentrasikan.

 

DAYA TARIK

  • Ilmu daya tarik atau magnetis ini berguna bagi membina keunggulan peribadi dengan penumpuan dan saranan minda yang membuatkan orang lain merasa hormat,patuh dan suka bergaul dengan kita.

MELIHAT JARAK JAUH

  • Melihat  Jarak Jauh atau Melihat Tembus ini dikenali juga sebagai Terawangan yang berguna dalam mencari jawapan dalam berbagai –bagai persoalan tentang kehidupan melalui gambaran minda atau melalui tanda-tanda alam semulajadi yang hanya kita yang dapat memahaminya.Itulah suatu tanda kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

PERJALANAN  ASTRAL/MERAGA SUKMA

  • Iaitu suatu perjalanan batin dengan menembusi dimensi-dimensi alam.Alam ini mempunyai  banyak dinding dimensi (hijab)bagi memisahkan berbilion-bilion makhluk Allah yang mendiaminya maka melalui perjalanan batin ini,manusia akan dapat menjelajah dan meneroka kedimensi-dimensi yang menjadi ruang kehidupan makhluk-makhluk lain seperti jin,bunian dan sebagainya.

PEMAGARAN

  • Atau perlindungan diri atau harta benda dari musnah,dirosak atau dicuri oleh mereka yang khianat,dengki atau jahat dan sebagai kawalan daripada unsur-unsur makhluk halus,jin dan setan yang men  ganggu,merasuk,atau tinggal berhampiran tempat tinggal dengan cara mengalirkan getaran elektrik kekawasan lingkungan yang dipercayai adanya makhluk-makhluk halus tersebut.

PENGUBATAN PRANA

  • Penyembuhan tenaga dalam  atau perawatan dari berbagai –bagai penyakit fizikal dan mental,kuasa astral,pemulihan metafizik,pemikiran positif,terapi meditasi dan kuasa minda. Pengubatan melalui pemancaran tenaga dalam samaada  dengan menyalurkan getaran-getaran elektrik dalam tubuh terus kepada pesakit dan pesakit akan dapat  merasakan kesan pemancaran tersebut dengan serta merta atau menggunakan bahan yang diolah dengan kekuatan doa serta memohon kesembuhan dari Tuhan Yang Maha Penyembuh.

HIPNOTIS

  • Ilmu menguasai daya bawah sedar iaitu menggunakan teknik yang berkesan bagi mempengaruhi minda orang lain dengan menyelami  kebahagian otak yang menjadi tempat kawalan bagi seluruh system perjalanan tubuh ,tingkah laku dan kepercayaan manusia.

ATRAKSI TENAGA DALAM

  • Memakan kaca,mematahkan besi,menjilat besi panas,tahan pukulan,berjalan atas api,kulit ditusuk jarum,bertempur dengan mata tertutup,berdiri diatas suratkhabar,bengkokkan besi,dikepit player,melempar musuh,telur jadi batu,digilis kenderaan,memukul benda keras diatas kepala, kebal senjata tajam,tidur atas paku,DAN BANYAK LAGI…….

 

KURSUS / PROGRAM INI KHUSUS UNTUK:

Lelaki: memiliki tubuh yang sihat, gagah perkasa, berstamina tinggi.
Wanita: Awet muda,wajah bercahaya dan berseri-seri,meningkatkan aura pesona luarbiasa
Polis: dapat mencungkil dan mengenal pasti rahsia penjenayah serta melindungi diri dari segala marabahaya
Tentera: Semangat waja,memiliki kekuatan dan keberanian luarbiasa,menguasai musuh dari jarak jauh(spiritual combat martial arts)
Ahli Perniagaan / usahawan: Berwibawa dan disegani dalam pergaulan dan berjaya dalam perniagaan(meditasi bisnes & hipnotis perniagaan)
Penyanyi: Dilengkapi ilmu suara perindu,petua,teknik mengawal pernafasan dalaman
Ahli Sukan: menewaskan tentangan dengan cara penuh misteri,stamina luarbiasa dan tidak cepat letih
Guru: Optimistik,ceria,mampu mengendali serta mengawal minda pelajar,dihormati dan disegani.
Berpenyakit: latihan yang diberikan mempercepatkan penyembuhan dan mampu mengubati pesakit lain dan banyak lagi
Perawat: Semakin Advance dan canggih dalam pengubatan,mudah mengakses energi alam dengan cepat dan efisien,berkemampuan lebih tinggi dalam melakukan rawatan jarak jauh tanpa batasan jarak dan waktu.

 

 

Kami Yakin dan pasti Setelah anda mengikuti Program Pelatihan & Pengembangan Potensi Bawah sedar  dan kekuasaan tenaga dalam sejati  Anugerah Agung:

 

  • ANDA  akan memiliki suatu kekuatan yang sangat dahsyat dan ulung
  • Timbul keberanian dan kuat semangat
  • Wajah akan berseri-seri dan bercahaya
  • Pandangan bertambah tajam
  • Gerak balas tubuh semakin kuat
  • Indera Ke Enam akan semakin hidup
  • Rasa percaya pada diri sendiri akan meningkat
  • Tubuh badan akan semakin sihat
  • Jiwa dan raga akan semakin segar,jauh dari penyakit
  • Sukar diserang penyakit
  • Nafas semakin sempurna
  • Konsentrasi Luarbiasa
  • Mempunyai kebolehan dan kemampuan luarbiasa yang jarang dimiliki oleh orang awam

 

TENAGA DALAM MAKRIFAT HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG

 

Tahukah anda bahawa didalam diri anda tersembunyi suatu tenaga yang sungguh dahsyat dan luarbiasa?

Mahukah anda mengubah kehidupan anda dengan kuasa fikiran dan mahukah anda  menguasai fikiran orang lain untuk pelbagai tujuan hidup anda?

Tentu sekali jawapan yang diberikan adalah “YA”,maka janganlah anda berlengah-lengah dan berfikir panjang, sertailah dan bergabunglah bersama kami dalam program kursus yang kami anjurkan ini.

Kami akan memperkenalkan kepada anda daya metafizik ajaib yang ada didalam diri anda untuk digunakan pada jalan yang positif. Percayakah anda,hanya dalam beberapa hari sahaja,setelah pengaktifan tenaga dalam Anugerah Agung,anda akan dapat mendemonstrasikan daya ini dalam pelbagai cara. Bila diceritakan, anda pasti tercengang. Namun peristiwa-peristiwa hebat akan menjadi perkara biasa setelah anda mempelajari dan mempraktikkan latihan Tenaga Dalam Haq Anugerah Agung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s