PENGENALAN

RAHSIA ILMU SENI BELADIRI TENAGA DALAM MAKRIFAT HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG TERBARU TAHUN2012

(33 LEVEL KEILMUAN TERBAIK TENAGA DALAM MAKRIFAT HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG)

Program Tenaga Dalam Terbaik,Termantap & Terdahsyat Abad 21

Ketahuilah,Allah Ta’ala telah berfirman:

Dan siapkanlah olehmu kekuatan semampumu untuk menghadapi mereka (QS AL Anfal ayat 60)

Info:Program Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung sebanyak 33 level ini merupakan program Tenaga Dalam Haq Terbaru dan Pertama Seumpamanya dan Satu-satunya Di Malaysia,dan Program ini telah diupgrade kekuatannya pada level tanpa batasan,program terbaru ini adalah antara Program Tenaga Dalam Terbaik dan kesinambungan program Tenaga Dalam Makrifat level 1-10,dan dikemaskini dalam format Terbaik,pengisian Tenaga Dalam dilakukan dengan menggabungkan kunci-kunci ilmu Tenaga Dalam Terbaru dan sangat kuat kekuatannya…

 

TENAGA DALAM MAKRIFAT HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG


ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE menyediakan kemudahan bagi anda untuk mempelajari teknik beladiri  “Seni Pertahanan Diri Tenaga Dalam Makrifat” dan “Tempur Tanpa  Senjata” melalui dua cara iaitu secara pengajian jarak jauh (melalui internet dan email) dan juga secara latihan praktikal digelanggang latihan dikawasan yang terpilih.Siri siri latihan mudah (cara belajar sendiri) boleh di ikuti melalui nota kursus panduan yang disertakan.Gambar dan arahan cara berlatih disediakan untuk latihan dan perbincangan bersama diantara pelajar dan Guru Mursyid.

 

Teknik latihan yang diterangkan dalam nota kursus bertujuan untuk memberi penerangan yang rasional mengenai rahsia teknik teknik persilatan tenaga dalam yang selama  ini dianggap misteri dan rahsia oleh pelajar persilatan dan juga guru guru ilmu  kebatinan. Penerangan akan dibincangkan dari sudut sains dan dengan cara yang  lebih praktikal sesuai dengan minda generasi muda masakini. Adalah diharap  dengan wujudnya program ini, pelajar tidak lagi akan terpengaruh dengan cara cara pembelajaran lain yang memiliki unsur unsur negatif seperti ilmu hitam dan yang bercanggah dengan agama Islam.

 

Siri siri  teknik ” Tempur Tanpa Senjata Versi Anugerah Agung” pula adalah merupakan sistem  beladiri yang terbaik meliputi teknik dari pelbagai seni beladiri seperti Silat,Kuntau, dan berbagai lagi yang akan dikupas secara praktikal dan dilatih oleh Gurulatih yang bertauliah.

 

Program ini telah diwujudkan untuk memenuhi beberapa misi. Pertama untuk memberikan gambaran sebenar mengenai seni ilmu tenaga dalam kepada umum.Kedua untuk memberi panduan kepada generasi muda masakini mengenai perbezaan diantara ilmu kebatinan yang benar dan ilmu kebatinan yang menyesatkan. Ketiga untuk membuktikan bahawa ilmu kebatinan serta tenaga dalam itu mampu diterangkan mekanismanya melalui bidang sains dan teknologi yang mana akan dapat membenteras fahaman tahyul serta dongeng yang sering disebarkan oleh guru guru ilmu kebatinan aliran ilmu hitam. Kempat untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang mudah serta berkesan dan tidak bercanggah dengan agama. Kelima untuk mewujudkan kesinambungan seni ilmu beladiri Melayu yang kian pupus mengikut peredaran masa.

 

Program ini juga akan menjadi platform atau landasan bagi peminat seni ilmu tenaga dalam dari pelbagai aliran atau perguruan supaya dapat berbincang dan bertukar pendapat mengenai topik yang sama diantara satu sama lain. Adalah diharap ini akan mengeratkan lagi silaturrahim diantara pelajar pelajar ilmu beladiri.

 

Perguruan Haq Anugerah Agung akan menambahkan lebih banyak lagi jenis kursus beladiri yang boleh diikuti oleh peminat ilmu beladiri dari masa ke semasa. Pihak Anugerah Agung akan berbincang dengan Guru-Guru Seni Beladiri yang terdapat di Malaysia untuk meluangkan masa bagi menggadakan kelas latihan mereka di Perguruan Haq Anugerah Agung. Adalah menjadi hasrat pihak Perguruan Haq Anugerah Agung untuk mewujudkan pusat setempat bagi kursus tenaga dalam disamping mengadakan seminar tenaga dalam dari masa kemasa untuk kemudahan umum.

 

TENAGA DALAM MAKRIFAT HAQQUL YAKIN ANUGERAH AGUNG

Bertujuan Mensyiarkan Islam

KAMI hadir untuk menyedarkan anda tentang kemampuan potensi bawah sedar yang sebenar dan rahsia kekuasaan tenaga dalam sejati.Rasai dan buktikan sendiri kehebatan dan kekuasaan diri anda yang sebenar.Ilmu tenaga dalam Anugerah Agung ini adalah merupakan gabungan daripada berbagai aliran Perguruan tenaga dalam dan ilmu hikmah dari dalam dan luar negeri. Ilmu Tenaga Dalam ini diasaskan oleh Grand Master Anugerah Agung Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D.Yang Merupakan Pengasas Perguruan Haq Anugerah Agung Terbesar di Seluruh Pelusuk Dunia. Ilmu tenaga dalam ini diperolehi dengan cara berguru secara benar dan melalui pengijazahan secara langsung dan asli,Hadir diri dihadapan Mahaguru Tenaga Dalam dan  Pakar Ilmu hikmah. Setelah puas merantau,akhirnya sudah tiba masanya kami hadir untuk membukaRAHSIA untuk memiliki  DAYA  ANUGERAH AGUNG dan   KEKUASAAN SERTA KESAKTIAN SEJATI dalam diri anda. Bagi anda yang ingin jadi ahli seni beladiri tenaga dalam yang mempunyai ilmu yang ampuh dan luarbiasa,bergabunglah bersama kami di ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE.

 

 

Selepas 30 minit pengisian,anda akan langsung kami uji dengan atraksi tenaga dalam hikmah seperti makan kaca tajam,melakukan pukulan jarak jauh,tubuh digilis kenderaan,mengeraskan telur jadi batu,menjilat besi panas membara,berjalan atas bara api,tahan pukulan/benturan benda keras,mandi minyak panas mendidih,direbus hidup-hidup dalam air panas mendidih,dikepit player,berdiri atas suratkhabar , patahkan simen konkrit guna dahi,menarik kereta dengan menggunakan gigi,kupas kelapa dengan gigi,dikubur hidup-hidup,pukau,tidur atas hamparan ratusan paku,kebal asid,dan ratusan atraksi hikmah yang lain,100% menggunakan kekuatan Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin  Anugerah Agung. .Dan banyak lagi perkara yang tidak masuk akal dan luarbiasa yang akan kami dedahkan kepada anda hanya dalam satu hari sahaja.

 

Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin  Anugerah Agung berbeza dari perguruan  lain serta tiada unsur-unsur penipuan atau trick/ilusi/sihir digunakan. Perlu diingatkan disini bahawa tiada sebarang penggunaan trick atau segala unsur penipuan,tanpa menggunakan sebarang kuasa ghaib ilmu hitam,jin,khadam,syaitan,azimat,tangkal atau bantuan negatif lain, tiada melibatkan perkara yang boleh merosakkan aqidah dan tidak bercanggah dengan syariat agama.

 

Pusat Pengembangan Spiritual  Anugerah Agung mempunyai tujuan mensyiarkan Islam. Anugerah Agung mencuba menggunakan pendekatanTENAGA DALAM HAQ untuk berdakwah secara tidak langsung. Peserta akan dilengkapi dengan ilmu zikir harian,amalan kalimah,panduan solat fardhu dan sunat,meditasi zikir,tafakkur zikir,jurus-jurus tenaga dalam / olah nafas kesihatan,latihan konsentrasi(penumpuan fikiran). Bila anda datang ke tempat kami,maka kami akan terangkan trick-trick ilusi / silap mata / tipuan yang banyak digunakan Paranormal palsu agar dianggap sakti (memiliki ilmu ghaib) oleh mangsanya. Anda boleh bertanya apa sahaja yang anda pernah lihat. Kami akan beritahu rahsianya. Tetapi perlu diingat,tidak semua paranormal menggunakan trick / ilusi,ada yang benar-benar mendayagunakan kekuatan hikmah yang sebenar. Dengan penerangan yang benar dari kami,anda akan mendapat pengetahuan baru,agar anda tidak tertipu,dan dapat membezakan antara ilmu trick / ilusi  ataupun yang benar-benar menggunakan hikmah.

“Dan Janganlah kamu mengikuti (berbuat) apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hatimu, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawabannya”. (Q.S. Al-Israa’:36)

“…maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika,kamu tiada mengetahui”. (Al-Anbiyaa’:7)

 

Anda akan diijazahkan dan dibangkitkan serta dibukakan jalur tenaga dalam anda,seluruh cakra dan lapisan aura anda,tubuh anda akan diselimuti energi ghaib perlindungan dan perisai diri luarbiasa.Anda akan mengalami loncatan energi (quantum energy) dan peningkatan tenaga dalam anda mencapai kekuatan 100%.Anda akan merasakan sendiri aliran bio elektrik berkuasa tinggi mengalir deras keseluruh tubuh anda sehingga anda akan merasakan kebas-kebas pada anggota tubuh. Ini menandakan Tenaga Dalam anda telah diaktifkan dan bersedia untuk dimanfaatkan.

 

Dalam diri setiap manusia ada unsur caj positif dan negatif. Apabila caj positif dan caj negatif ini dicantumkan,ianya akan mewujudkan tenaga yang dipanggil ’tenaga dalam’.Tenaga inilah yang akan menjana penyembuhan sama ada bagi penyakit yang bersifat fizikal,mental atau spiritual,semua ini ada kaitan dengan saintifik,penyakit seperti konflik rumah tangga, perniagaan tidak maju,tidak disukai orang,isteri/suami/tunang melarikan diri dan berbagai permasalahan hidup boleh dipulihkan menggunakan kaedah saintifik tenaga dalam Haq Anugerah Agung ini. Insya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s